18 February 2009

Karangan bertajuk, Kerja Ku...



Minggu ini merupakan mingu kedua saya bekerja di tempat kerja baru ini. Setelah hampr 2 minggu di sini, saya dapati yang saya amat selesa dengan pekerja2 lain, dari boss hingga lah 'tealady'. Mereka semua mempunyai hubungan setiakawan yang amat saya kagumi. Seolah2 tiada jurang perbezeen antara boss dengan pekerja. Semua di layan sama rata. Itu yang amat membuatkan saya selesa. Sekaligus menimbulkan suasana tempat kerja yang ceria, walaupun di saat2 semua amat 'stress' dan sibut dgn tugasan masing2. Namun gelak ketawa masih kedengaran sepanjang masa. Walaupun saya masih baru di situ, namun saya tidak kekok untuk bergaul dengan semua orang. Rasa seperti sudah lama kenal dengan mereka semua. Tidak seperti di tempat kerja lama saya. Semua amat sombong dan mementingkan diri, sehingga membuatkan saya tiada semangat untuk turun bekerja. Tidak seperti di tempat kerja baru saya ini, tiap pagi saya akan bersemangat untuk turun bekerja (tapi kdg2 bila malas menyelubungi diri, mmg la rasa tidak bersemangat, haha!!). Tapi setakat ini, saya sentiasa bersemangat. Sentiasa juga bersemangat unutk memakai pakaian yg 'gap2' dan 'ngesep' diri untuk turun bekerja...hahaha!!! Kesimpulan nya, saya selesa bekerja di tempat baru ini... Sekian..



>> Sorry yer, ada word2 yg susah untuk di BM kan, so terpaksa pake koma ya..haha!!

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com